PENGENALAN PUSAT SUMBER

Pusat Sumber Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) telah beroperasi bermula Februari 2022, merupakan unit di bawah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Pusat Sumber ILKEM memberi kemudahan kepada warga kerja ILKEM dan peserta kursus/latihan/bengkel membuat rujukan. Di antara kepentingan pusat sumber ialah dapat memupuk amalan membaca serta mampu untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada semua warga kerja ILKEM dan peserta kursus/latihan/bengkel manakala pinjaman hanya untuk warga kerja ILKEM sahaja.

Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra serta memenuhi keperluan pengguna.

HariWaktu
Isnin – Khamis8.00am – 4.30pm (Rehat 1.00pm – 2.00pm)
Jumaat8.00am – 4.30pm (Rehat 12.15pm – 2.45pm)
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
  • Sirkulasi
  • Bacaan & Rujukan
  • Pinjaman kelompok Perpustakaan Negara Malaysia
  • Program Galakan Membaca/Pembudayaan Ilmu

KAPASITI

80 Orang

KELUASAN

295.2m2

  • Bahan Rujukan (merangkumi Karya Umum, Falsafah dan Psikologi, Agama, Sains Kemasyarakatan, Bahasa, Sains Tulen & Matematik, Teknologi, Kesenian, Kesusasteraan & Geografi, Sejarah & Biografi)
  • Bahan rujukan pinjaman kelompok Perpustakaan Negara
  • Koleksi Terbitan Jabatan Kerajaan
  • Koleksi Majalah/Jurnal/Buletin/Nota Kursus

Buku-buku yang disusun di rak-rak adalah berpandukan kepada Skim Pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC). Berikut adalah tajuk perkara utama:

1.000Karya Umum
2.100Falsafah & Psikologi
3.200Agama
4.300Sains & Kemasyarakatan
5.400Bahasa
6.500Sains Tulen & Matematik
7.600Teknologi
8.700Kesenian
9.800Kesusasteraan
10.900Sejarah, Geografi & Biografi
Kongsi Halaman Ini