PERATURAN PENGGUNAAN PREMIS INSTITUT LATIHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN MALAYSIA (ILKEM)

  1. Semua pelawat dikehendaki mendaftarkan diri di balai pengawal.
  2. Permohonan menggunakan premis perlulah dikemukakan secara rasmi dan lengkap dengan senarai nama peserta kursus/bengkel/taklimat untuk kelulusan Pengarah ILKEM.
  3. Urus setia kursus hendaklah hadir sebelum tarikh penggunaan untuk menyusun atur bilik yang akan digunakan.
  4. Urus setia perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala keperluan dan kelengkapan serta bilik kuliah yang digunakan.
  5. Urus setia adalah dilarang untuk mengalihkan perabot dari bilik kuliah yang berlainan.
  6. Urus setia hendaklah memastikan segala perabot dan peralatan yang digunakan semasa program adalah seperti susunan asal setelah program tamat.
  7. Urus setia perlu memastikan suis segala barangan elektrik dan elektronik ditutup sebelum meninggalkan bilik kuliah.
  8. Semua pelawat/peserta/urus setia kursus perlu berpakaian sopan dan menjaga etika pakaian sepanjang berada di dalam premis kerajaan.
  9. Meletakkan kenderaan ditempat yang telah ditetapkan.
  10. ILKEM adalah kawasan larangan merokok.          
  11. Dilarang membawa senjata tajam.
  12. Tidak dibenarkan meninggalkan barang peribadi semasa meninggalkan bilik kuliah.
  13. Urus setia program dan peserta hendaklah menjaga barangan peribadi masing-masing. ILKEM tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan barang peribadi peserta semasa berada dalam kawasan ILKEM.
Kongsi Halaman Ini